First entry setelah sekian lama :P



Assalamualaikum!!!

Salam perkenalan semua. Lama rasa tak berblog sejak zaman Universiti dulu. Tetiba terasa macam nak berblog semula pulak. Mungkin terpengaruh dengan Cik Epal kot Hahaha. Gurau je. Actually Ain saja nak buat satu medium untuk Ain sharing apa Ain buat aktiviti seharian dengan anak anak.

Alhamdulillah, perkahwinan selama hampir 4 tahun lebih, Ain dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Nur Zahrah Aisyah dan Muhammad Yusuf. Masing masing dengan karakter yang berbeza. And yes, masih lagi menjadi suri rumah yang berjayaa. Berjaya ke? InshaAllah, inilah ladang pahala untuk ke syurga.

Sebenarnya Ain start homeschool Zahrah pada awal tahun 2019. Memandang dia tak sekolah lagi, Ain rasa Ain nak siapkan dia sebelum dia masuk ke sekolah. So nanti masa kat sekolah dia tak kekok nak guna pensil, gam, water color etc. Dan nak bina memori bersama dengan dia. Sebelum ini, ada jugak buat aktiviti dengan dia tapi tak konsisten. Tahun ini baru aktif sikit.

Selain tu, Ain juga buat playdate dengan anak anak jiran sekitar area rumah. Alhamdulillah, terima kasih jiran2 sebab support Ain. Anak anak happy mak mak pun happy. Ain percaya anak anak ni pun berhak berminggle dengan kawan kawan sebaya. Bukan mak pak je Hehe


Okay, sampai sini jela dulu. Nanti Ain akan update lagi. TQ sebab baca sampai habis :D

No comments:

Post a Comment